Sports : Bior Pape Asei Begaye - Village Champion

Pagi Jumaat tadi, kira-kira jam 9.15pm, saya ke Royal Perak Golf Club atas pelawaan Sdr. Fuad (The Village Champion) yang sememangnya berminat dengan sukan golf ini. Jarak perjalanan ke Royal Perak Golf Club tidaklah berapa jauh dari tempat kami.

Saya sebenarnya tidak berminat dengan sukan golf ini, (Saya lebih minat sukan bolasepak), tetapi saya pergi jugalah sebab hendak menjenguk persekitaran Royal Perak Golf Club. Nampaknya ada pembinaan bangunan baru sedang berjalan di Royal Perak Golf Club. Saya lihat tempat di Royal Perak Golf Club agak menarik juga.

Selepas 'parking' kereta, kami terserempak dengan pakcik yang saya pun tak tahulah namanya. Katanya batuk dan terpaksa pulang awal.


"Baru pukul dua bola golf, dah batuk...," kata pakcik itu. Nak buat macam mana pakcik, dah tua. Tapi bagus, sebab masih minat beriadah.

Selepas itu, Sdr. Fuad membayar untuk bola golf dan mempersiapkan diri ala-ala Tiger Woods. Sambil Sdr. Fuad memanaskan badan, sempatlah saya 'capture' beberapa gambar untuk dimuatkan dalam blog. Inilah peluang saya nak jadi wartawan dan wakil promosi tidak berlesen.


Tempat (Golf Range) yang Sdr. Fuad bermain ialah khas untuk orang awam (Public). Jarak lapang sasar Golf Range pula kira-kira 200 meter jauhnya. Padang utama di sebelah Golf Range ialah untuk orang kaya-kaya dan DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan yang dihormati.


Saya lihat gaya permainan Sdr. Fuad sudah cantik, tetapi itulah masalahnya, bola golf pukulan Sdr. Fuad sekejap naik, sekejap tidak naik. Inilah yang dipanggil pemain golf professional yang tidak berapa professional. Lolz! Kadang-kadang saya lihat Sdr. Fuad memprotes gaya permainannya sendiri. Ikut suka hati Sdr. Fuadlah. Orang Perak kata, 'Bior Pape Asei Begaye'. Lolz!


Walaupun saya tidak berapa berminat dengan permainan golf ini, saya sempat melakukan dua pukulan atas desakan Sdr. Fuad. Gaya memang tidak ada. Bola golf pun tidak kemana perginya. Lolz!


Apa yang saya perhatikan, permainan golf memerlukan gaya dan teknik yang tersendiri. Kalau ada tenaga pengajar, permainan akan menjadi lebih baik dan menarik seperti Tiger Woods atau Vijay Singh. Tapi kata Sdr. Fuad yang minat menonton Astro Channel 815 (Golf Channel) selain dari kelab bolasepak kesayangannya - Manchester United (Kelab saya, Liverpool), sukan golf ini hanya sekadar riadah, bukan nak masuk 'championship'. "Sekadar dapat keluarkan peluh, itu dah baik untuk kesihatan... Maklumlah dah tua, nak main bolasepak dah tak boleh dah... Tapi ingatlah GOLF hanya sukan..." kata Sdr. Fuad dengan bergayanya.


Setelah berhabisan tenaga menghabiskan 80 biji bola golf (Se-biji nyaris terkena budak pengutip bola golf, kalau kena memang letak jawatanlah budak itu agaknya), Sdr. Fuad pun pun 'packing' dan kami berlepas pulang ke destinasi kira-kira jam 11.00pm.


Dalam perjalanan pulang, saya sempat berwawancara dengan Sdr. Fuad mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dan sempat mempromosikan beberapa kawasan di Bandaraya Ipoh. (Sila lihat video di bawah). Harap-harap kami dapat Datuk selepas ini macam Shah Rukh Khan.


Sdr. Fuad yang terlebih peramah ini boleh ditemui di Gerbang Malam, Ipoh setiap malam. Beliau berniaga jam tangan berjenama, beg wanita berjenama dan sebagainya. Mobile-Hotline beliau ialah 012 - 592 8495 kalau anda rasa nak beli barangan dengan Sdr. Fuad. - END