Googlers : Dari Garaj Kereta ke Langit Biru

Posting Asal : Lisa Hilmi Blog

Wiki :
Larry Page - Di Sini
Sergey Brin - Di Sini

Syarikat yang dikawal oleh 'Top Executive' Google, termasuk pengasas billionaire-nya, Lawrence Edward 'Larry' Page (lahir 26 Mac 1973) dan Sergey Mikhailovich Brin (lahir 21 Ogos 1973) , nampaknya telah menambah koleksi kapal terbang terbarunya iaitu sebuah jet pejuang Dornier Alpha Jet buatan 1982. Jet pejuang ini adalah dari jenis jet pejuang ringan dan dibina oleh Dornier dari Germany serta Dassault-Breguet of France yang mempunyai 'Advanced Trainer' berkemahiran.

H211 L.L.C., syarikat ini mengoperasikan jet-jet peribadi dimiliki dan digunakan oleh Larry Page dan Sergey Brin serta Ketua Eksekutif-nya, Eric Schmidt. Syarikat ini baru sahaja menambah Boeing 757 dalam 'hangar'-nya yang sudah tersedia ada Boeing 767 'refurbished' dan Gulfstream V's.

Dilaporkan juga bahawa H211 L.L.C. telah berjaya mendapatkan hak untuk beroperasi dari sebuah pengkalan udara yang jaraknya hanyalah 10 minit dari ibu-pejabat Google berdekatan dengan San Francisco Bay, California. Yang lebih menarik di sini ialah pengkalan udara tersebut bukanlah sebuah pengkalan udara biasa tetapi ia adalah di Moffett Field.

Kesemua empat kapal terbang ini mempunyai hak pendaratan di Moffett Field yang bersebelahan dengan Silicone Valley, pengkalan udara yang dioperasi oleh NASA. Terlalu ramai ‘Hi-Tech Billionaire’ yang cuba mendapatkan hak untuk mendaratkan pesawat peribadi mereka di situ, malangnya gagal disebabkan pengkalan tersebut dimiliki oleh NASA yang mempunyai peraturan yang terlalu ketat.


Bayangkan betapa hebatnya kedua-dua Googlers ini sehingga berjaya memiliki keistimewaan yang cukup sukar untuk dimiliki oleh 'Billionaire' yang lain.

Bagaimanapun, jurucakap Google, Matt Furman, menolak untuk memberikan sebarang komen. Dikatakan, Google, tidak memiliki mana-mana kapal terbang yang disebutkan dan Google tidak mempunyai sebarang hubungan dengan H211 L.L.C.

Jika sememangnya 'Top Googlers' ini memiliki jet pejuang, mereka bukanlah yang pertama di Silicon Valley yang mempunyai barangan permainan mewah ini. Ketua Eksekutif Oracle, Larry Ellison, juga memiliki beberapa kapal terbang termasuk jet pejuang.

Jika disorot kembali sejarah Google, ianya bermula dari Januari 1996 yang pada mulanya hanya 'Projek Kajian' oleh Larry Page dan kemudiannya disertai oleh Sergey Brin yang mana mereka berdua merupakan pelajar PhD. Stanford University, California. Pada September 1998, mereka menubuhkan Google Inc. dan beroperasi dari 'garaj' kereta seorang dari rakan mereka di Menlo Park, California. Pada 19 Ogos 2004, Google Inc. dianggarkan bernilai USD23 Billion.

Adakah kedua mereka ini (berbangsa Yahudi) mendukung 'Prinsip Freemasonry' seperti yang saya ceritakan pada artikel yang lepas?, Wallahualam. Adakah kita juga digelar 'Agen Yahudi' seperti yang dilemparkan oleh Barisan Karat ke atas Sdr. Anwar, terpulanglah. Maklumlah saya menggunakan Blogger.com milik Google, Gmail milik Google, Feedburner adik-beradik Google, YouTube milik Google juga. Mana mahu lari? Bagi saya, eloklah kita sama-sama mempelajari teknologi mereka ini supaya kita dapat bersaing dan mempertahankan diri kita dari serangan Barat daripada kita asyik bergaduh sesama sendiri dan juga orang lain.

Yang menariknya, Googlers membeli jet-jet, duit dari hasil titik peluh perniagaan sendiri, bukannya duit rakyat Amerika pun.

Dijangkakan tiada serangan udara ke atas Microsoft dirancang oleh Googlers pada masa ini. - END